Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 21, 2014

No Comment
Gambar hiasan
AMMAN: Beratus-ratus penunjuk perasaan Jordan membakar bendera Israel di sini semalam dan menggesa Hamas meningkatkan serangan roket terhadap bandar Yahudi berkenaan bagi membalas kematian orang awam yang dilakukan tentera Zionis itu. 

Penunjuk perasaan melaungkan slogan ‘Matilah Israel’ berdekatan kedutaan Israel di Rabia, sebuah kawasan mewah di Amman. Ia adalah tunjuk perasaan terbesar yang mempamerkan kemarahan yang amat sangat terhadap Israel sejak beberapa tahun lalu. 

Beratus-ratus masjid di Jordan juga mengadakan solat untuk mereka yang terkorban, dan penunjuk perasaan melaungkan slogan bagi menyokong perjuangan jihad Hamas dalam pengumpulan lebih kecil di Amman dan bandar lain. 

“O...Hamas...Roket anda mmebuatkan kami berani...serang lagi dan lagi terhadap Ashkelon dan Tel Aviv,” laung sekumpulan remaja yang marah serta membawah bendera palestin. 

“O Hamas, anda adalah senjata dan kami peluru anda”, laung sekumpulan remaja berjambang yang memakai lilitan hijau di kepala yang lazimnya dipakai oleh Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas. 

Sebahagian besar daripada tujuh juta warga Jordan adalah daripada keturunan Palestin, mereka atau ibu bapa mereka disingkir atau melarikan diri ke Jordan dalam pertempuran yang menjurus kepada pembentukan Israel pada 1948. 

Hamas juga mempunyai pengikut ramai dalam kalangan hampir dua juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Reuters

0 comments:

Post a Comment