Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 21, 2014

No Comment

PADANG BESAR – Anggota Batalion 3, Pasukan Gerak Am (PGA) menghalang penyeludupan 128 kilogram ganja bernilai kira-kira RM205,000 di sini minggu lepas.

Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron berkata rampasan itu yang terbesar setakat ini tahun ini dipercayai didalangi sindiket negara jiran.

Beliau berkata sepasukan anggota PGA yang diketuai Asisten Superitenden Joeking a/l M. Marian Anthony mengesan penyeludupan itu kira-kira 100 meter dari Pos PB29 kira-kira 7.45 malam.

“Dua anggota PGA yang diarah menyiasat ternampak dua lelaki berlari ke kawasan ladang tebu dan terus menghilangkan diri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata setelah diperiksa, ditemui lima guni mengandungi 128 ketul ganja mampat yang setiap ketul seberat kira-kira satu kilogram.

Dalam kes lain, seorang pekerja swasta berumur 31 tahun dari Pulau Pinang ditahan bersama pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai hampir RM250 di pintu keluar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Padang Besar tengah hari semalam. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment