Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 13, 2012

No Comment

Tahu lalu kami ada melawat studio Les Copaque. Hari ini mari lawat studio animasi ANIMONSTA yang sedang hot kerana animasi BoboiBoy buatan mereka. Tahukah anda walaupun studio ini baru berusia setahun jagung, ia sudah memenangi bebrapa anugerah berprestij industri. Studio Animonsta terletak di SME Technoproneure Centre 3 Cyberjaya. Pejabatnya kecil kerana hanya mempunyai 40 orang kakitangan. Apa yang kami rasa mengejutkan jumlah animator yang digunakan oleh mereka tak sampai 5 orang. Kesemua krew produksi diletakkan didalam bilik yang sama bagi memudahkan interkasi dan kolaborasi antara department. Boss pun duduk dalam bilik yang sama dan bukannya dalam bilik khas. Marhaen! Antara maklumat lain yang kami berhaya korek dari Animonsta ialah kos penghasilan satu musim BoboiBoy akan mencecah sehingga RM2 juta. Nampak macam angka yang besar tapi kami diberitahu ini sudah dikira murah jika dibandingkan dengan kos animasi dari luar negara. Musim kedua sedang ditayangkan sekarang. Jadi kalau nak tahu apa jadi pada Boboiboy sialah nonton ya!


Oh dan silalah support barangan buatan tempatan. Belilah DVD serta merchandise orginial. Kalau Malaysian tak nak support Malaysian camne nak maju. BoboiBoy is awesome! Thanks Animonsta kerana membenarkan SiakapKeli melakukan lawatan ke studio anda. Semoga perancangan Boboiboy MOVIE akan menjadi kenyataan. Yes! Akan ada BoboiBoy movie yo! Pasti awesome!









0 comments:

Post a Comment