Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
“Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan,” jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.
Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.
Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.
Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak
Melayukini.net - Apabila kita ternampak kemalangan yang melibatkan pertumpahan minyak petrol, asid dan sebagainya, kita perlu mengelakkan diri dari mendekatkan di kawasan tersebut. Inilah antara akibat yang perlu ditanggung kerana cecair petrol seperti yang kita tahu merupakan bahan mudah terbakar.
0 comments:
Post a Comment