Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 30, 2012

No Comment
PETALING JAYA – Mahu keluar sahur bersama menjadi alasan kepada sepasang kekasih bagi mengelak daripada dicekup dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa, Pemuda Masjid Nurul Ehsan serta polis di sebuah hotel bajet di Taman Medan, malam kelmarin. 
Pasangan kekasih masing-masing berusia 30 dan 28 tahun itu yang merupakan rakan sekerja itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka duduk berdua-duaan di dalam bilik tanpa ikatan sah. 
Terdahulu anggota masjid terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum pintu bilik dibuka.Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku menginap di hotel itu jika ada waktu terluang terutama selepas tamat waktu bekerja. 
Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi dilakukan berdasarkan maklumat orang ramai yang kurang senang apabila mendapati hotel itu dijadikan lokasi untuk melampiaskan nafsu dan mencemar kesucian Ramadan. 
“Operasi ini yang kedua dilakukan di hotel ini berikutan ia menjadi tumpuan pasangan kekasih terutama pada waktu malam,” katanya.Menurutnya, pihak masjid akan membuat pemantauan di hotel bagi mengelak ia terus menjadi pusat maksiat. Sumber :Sinar Harian 

0 comments:

Post a Comment