Fuh sungguh besar bot kertas ini dan ia mampu belayar di sungai. Ciptaan kreatif ini harus dipuji kerana tidak semua orang terfikir untuk membuat bot kertas sebesar ini. Walaupun ia disokong dengan batang logam, ia mampu terapung di atas air.
Kreatif! Bot Kertas di Sungai Thames (4 Foto)
Kreatif! Bot Kertas di Sungai Thames (4 Foto) | Permainan bot kertas antara permainan yang sering dimainkan oleh kanak-kanak kecil. Selain mudah untuk dibuat, ia juga hanya menggunakan sehelai kertas. Kini terdapat seorang pelukis dari Jerman, Frank Bolter telah berlayar di sepanjang Sungai Thames dalam sebuah bot kertas raksasa. Bot kertas ini sebagai sebahagian daripada pameran seni Drift 10 di London. Kapal origami, yang layak ke “World’s End”, telah dilipat di tebing Canary Wharf di timur London sebelum dilayarkan ke dalam air dengan bantuan orang ramai. Untuk memastikan bot tidak remuk di bawah berat pelukis, ia telah diperkukuh dengan beberapa batang logam. Pameran seni dwi-tahunan Drift10 berjalan sehingga bulan Januari. Jom lihat gambar di bawah ini.
0 comments:
Post a Comment