Ketua Polis Selangor Tun Hisan
Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar,
31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh
bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.
"Laporan siasatan menunjukkan
mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita
masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang
media di sini.
Beliau berkata susulan itu,
polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada
kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman petang ini.
Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah
daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah pada
kira-kira 7 malam. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment