Olimpik London 2012 dikaitkan dengan agenda Zionis dan Illuminati
Olimpik London 2012 dikaitkan dengan agenda Zionis dan Illuminati untuk
menyebarkan dakyah-dakyah mereka sebenarnya. Perkara itu disahkan lagi
dengan banyak pendedahan tentang perkara ini. Malah, melihat kepada
pelancaran upacara sukan tersebut kelmarin jelas membuktikan ia ada
kaitan jelas dengan Illuminati dan Freemason. Betulkah sampai begitu
sekali? Olimpik dan Yahudi?
Sebelum ini Iran mengancam akan memboikot Sukan Olimpik 2012 London
kerana mendakwa logo rasmi untuk sukan Olimpik 2012 itu menyerupai kata
“ZION,“ yang merupakan istilah alkitabiah bagi Jerusalem.
Bahram Afsharzadeh, setiausaha agung dari Jawatankuasa Olimpik Nasional
Iran, mengatakan dia menghantar surat kepada presiden IOC Jacques Rogge
di mana ia mengutuk logo tersebut sebagai “rasis“ dan menyeru kepada
negara-negara Muslim lain untuk bersama membantah.
Majlis pembukaan rasmi sukan Olimpik 2012 dipengaruhi unsur Majusi versi
moden, moscot dajjal mata satu dan unsur illuminati/freemason dikesan
digunakan secara meluas.
Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !
Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati
dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan
banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam
upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.
Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin
Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad
secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan
menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa
orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam
dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka
menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus
berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.
Di dalam laman web Jewish National Fund, terdapat maklumat di mana
kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana
kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling
utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.
Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan
kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh
diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah
dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.
2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION
Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang
diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak
kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi
menguasai dunia.
Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini.
Waallahu 'allam.
0 comments:
Post a Comment