Pelakon dan model terkenal, Rita Rudaini diminta bayar ganti rugi sehingga RM100,000 oleh sebuah produksi tempatan setelah dirinya membuat keputusan untuk menarik diri daripada penggambaran drama berepisod yang dijangka selesai sehingga Julai depan.
Menurut Rita, dia membuat keputusan begitu setelah merasa tidak puas hati dengan beberapa faktor di set penggambaran dan menganggap mereka bekerja secara tidak profesional.
” Saya sendiri pergi berjumpa dengan pihak produksi, berbincang dan menyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap cara mereka berkerja yang boleh dianggap tidak profesional. Mereka tak mahu berubah sebaliknya seolah-olah memberi kata dua kepada saya.
” Mereka provok saya sehingga saya buat keputusan untuk berhenti berlakon dengan mereka, pada 26 Februari lalu.
” Alih-alih, pada bulan ini (April) saya menerima surat yang bertarikh 25 Mac daripada produksi berkenaan. Mereka menuntut ganti-rugi yang mencecah hampir RM100,000.
” Sudah lah tu, mereka minta saya bayar secepat mungkin,” katanya.– MalaysianDigest
NOTA: Berikutan hal tersebut, pihak Seniman akan cuba menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Setelah itu, satu perjumpaan khas antara Rita dan pihak produksi akan dijalankan bagi berbincang dan menjernihkan keadaan yang berlaku.
0 comments:
Post a Comment