17
orang remaja perempuan yang belum pun genap usia 17 tahun dan masih lagi
belajar di Gloucester High School di Massachusetts, Amerika Syarikat,
bersepakat dengan idea gila mereka iaitu hamil secara serentak. Tidak
hanya pejabat dan guru-guru, para ibu-bapa mereka pun tidak mengerti apa
sebenarnya yang ada dalam benak fikiran kesemua remaja perempuan ini.
Bermula
ketika selesai kem musim panas, mereka kembali meneruskan persekolahan
dan disekolah itulah baru diketahuo mereka hamil secara serentak!.
Uniknya dan lebih menggemparkan ialah mereka tidak hanya dari sekolah
yang sama, kesemua gadis berusia kurang dari 16 tahun ini ternyata juga
rakan sekelas!.
Hingga
saat ini pejabat sekolah masih melakukan penyelidikan berapa umur ‘si
ayah’ dan siapa saja ‘si ayah’ yang mengamilkan mereka. “Jika diketahui
usia ‘ayah’ kepada bayi yang dikandung mereka berumur lebih dari 20
tahun, maka mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara kerana atas
kesalahan membuat hubungan seks dengan gadis di bawah umur,” kata
seorang petugas di sekolah itu.
Dari
laporan yang disediakan, ternyata niat hamil secara bersama oleh
kesemua 17 pelajar ini memang sudah mereka rancangkan terlebih dahulu.
Malah rahsia mereka turut terbongkar, rupa-rupanya seluruh pelajar
perempuan kelas berkenaan telah merancang dan sepakat untuk hamil namun
yang benar-benar hamil hanya 17 orang pelajar sahaja. “Entah apa
tujuannya tapi dari hasil ujian kehamilan yang dilakukan oleh pihak
sekolah, kami menjumpai fenomena menyedihkan ini yang mana beberapa
pelajar perempuan lain ada yang melahirkan rasa kecewa kerana mereka
gagal hamil,” ujar staf sekolah itu.
Boleh
jadi idea gila ini disebabkan peristiwa yang seringkali terjadi di
Gloucester High School. Kerana setiap kali selesai sahaja parti akhir
tahun sekolah, pihak sekolah akan mengadakan ujian kehamilan bagi
seluruh pelajarnya. Perkara ini disebabkan kerana tercatat setiap tahun
banyak pelajar perempuannya yang tidak boleh melanjutkan sesi
persekolahan kerana alasan hamil di luar nikah. Namun peristiwa 17
pelajar yang hamil serentak kali ini benar-benar mengejutkan sehingga
menjadi perbincangan dan tajuk berita media massa.
0 comments:
Post a Comment