Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 24, 2013

3 comments
Sampai Bila Laluan Motorsikal L/Raya Persekutuan Mesti Jadi IGAUAN NGERI Pengguna?


Lebuhraya Persekutuan sekali lagi menjadi saksi kemalangan ngeri setelah lima orang maut dirempuh sebuah kereta dalam kejadian awal pagi 21 April lalu.
Dalam kejadian tersebut, Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, 21, Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, Amirul Faiq Zainuddin, 22, Wilson Lee, 22 dan M. Kalaychelven, 50.
Kejadian kemalangan di lebuhraya tersebut bukanlah kali pertama berlaku.
Boleh dikatakan setiap hari pasti ada kemalangan tidak kira kemalangan kecil atau serius.
Apakah punca kemalangan sebegini berlaku dan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab?
Justeru, MyNewsHub telah menemubual responden yang merupakan sebahagian daripada lebih 100,000 pengguna Lebuhraya Persekutuan.
Mohd Hazeri Ghani, 22 berkata, laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan sering menghadapi masalah.
“Kalau kita tengok ada kawasan laluan motosikal yang terpaksa ditutup disebabkan oleh projek pembinaan.
“Macam mana kami nak lalu laluan sementara kalau laluan sementara tu terlalu kecil, hanya sebiji motosikal sahaja yang boleh lalu,” jelas Hazeri ketika dihubungi MyNewsHub.
Dia yang berulang-alik dari rumahnya di Petaling Jaya ke UiTM Shah Alam adalah sebahagian daripada 100,000 pengguna Lebuhraya Persekutuan setiap hari.
Menurutnya lagi, kesesakan di laluan motosikal juga sering berlaku sekiranya ada motosikal penunggang lain menghadapi masalah.
Dalam pada itu, responden twitter @mynewshub turut memberi riaksi negatif terhadap kualiti jalan di lebuhraya tersebut.
Menurut Alfiq Abdul Aziz, terdapat permukaan jalan yang tidak rata selain daripada sebilangan kecil penunggang motosikal yang memilih untuk tidak menggunakan laluan tersebut.
Selain itu, Zee yang mewakili suara kaum wanita menyifatkan laluan motosikal di lebuhraya tersebut terlalu gelap di kawasan terowong dan merbahaya bagi penunggang wanita.
Bukan itu sahaja, Ammar yang berulang alik dari Klang ke Subang Jaya berasa kecewa dengan kualiti laluan motosikal.
“Kadang-kadang besi longkang pun hilang. Itu saya lalu waktu siang, kalau waktu malam memang tak perasan pun,” jelas Ammar ketika dihubungi MyNewsHub.
Tambah Ammar, laluan motosikal tertutama di terowong sering menjadi kawasan jenayah apabila berlakunya kejadian rompak dan ragut.
MyNewsHub ingin berkongsi sebuah video amatur yang dimuat naik menerusi laman Facebook.
Berdasarkan video yang dirakam pada 23 April lalu, jurukamera, Muhamad Azree berkongsi beberapa masalah yang timbul di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang.
Antara perkara serius yang menjadi isu dalam kalangan pengguna laluan tersebut adalah seperti:
1. Air bertakung
2. Jalan raya berlumpur
3. Banjir di dalam terowong
4. Lampu di dalam terowong gagal berfungsi
5. Susur keluar dan masuk terlalu sempit
6. Jalan berpasir dan berbatu
7. Jalan tidak sekata
Justeru, apakah tindakan pihak bertanggungjawab seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) atau Projek Lebuhraya Utara Selata (PLUS) menangani isu ini?
Walaupun pengguna motosikal tidak dikenakan bayaran tol, ini tidak bermakna mereka boleh mengabaikan pengguna laluan motosikal.
Adakah perkara tersebut menjadi punca mengapa penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan memilih untuk menggunakan laluan kereta ?
Anda mempunyai pendapat? Nyatakan menerusi twitter kami @mynewshub

Oleh: HARITS ASYRAF

3 comments:

  1. Sama juga kat seluruh negara. Laluan motosikal diadakan di seluruh negara tapi bikin susah aje. Penunggang motosikal tak berapa kerat dan kebanyakkan enggan guna laluan motosikal yang disediakan.
    Apa taknya, keadaan di situ amat bahaya. Jalan motosikal tu dah jadi tempat:
    1) Orang menunggu kenderaan awam.
    2) Tempat parking kereta/lori.
    3) Berniaga.
    Bahaya bertambah lagi kalau masa gelap. Tak aleh-aleh tengah jalan ada orang. Tak ke cari nahas.
    Memandangkan penunggang motosikal semakin kurang menggunakan lorong motosikal, bukankah lebih manafaat kalau lorong motosikal tu dijadikan lorong tambahan kenderaan - jadi dua lorong. Jadi perjalanan kenderaan menjadi lebih lancar.
    Ingat-ingat projek lorong motosikal ni zaman Samy Vellu. Hero tamil yang bikin projek gila tanpa kajian.

    ReplyDelete
  2. samy vellu hisap dada.....

    ReplyDelete
  3. Tambah satu lagi bahaya laluan motosikal:
    4) Mamandu lawan arus - tak kira motosikal dan kereta. (Ada polis pun buat tak nampak je.)

    ReplyDelete