KUALA LUMPUR – Selepas gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia awal pagi ini, satu gempa bumi kuat dikesan di Kepulauan Solomon, Papua New Guinea kira-kira tiga jam lalu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melalui satu kenyataan memberitahu, kejadian gempa bumi terbaharu berukuran 6.8 pada skala Richter itu dikesan berlaku pada pukul 9.32 pagi.
“Pusat gempa kuat ini terletak 119 kilometer (km) arah barat daya dari Arawa, Papua New Guinea dan 1,789 km arah tenggara dari Semporna, Sabah,” kata kenyataan itu hari ini.
Bagaimanapun, kata kenyataan itu, gempa bumi terbabit tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Tambah kenyataan itu, JMM akan memantau perkembangan tersebut dan akan memaklumkan situasi semasa.
Mynewshub.my sebentar tadi melaporkan gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia pada pukul 4.27 pagi.
Pusat gempa itu terletak 388 km arah tenggara dari Ambon dan 1,789 km arah tenggara dari Semporna. – mynewshub.my
0 comments:
Post a Comment