ALOR
GAJAH - Seorang penggali kubur ditahan berkhalwat bersama kekasihnya
selepas diserbu imam, ahli jawatankuasa kampung dan pihak polis di
sebuah taman di Sungai Petai, di sini, petang kelmarin.
Jurucakap polis berkata, semasa memberi salam, seorang wanita keluar sebelum muncul seorang lelaki berseluar pendek.
“Ketika imam melakukan soal siasat, lelaki itu mengaku berduaan dengan kekasihnya.
"Bagaimanapun, lelaki terbabit mempertikaikan tindakan imam menangkap
mereka berikutan rumah disewa kekasihnya itu merupakan milik bapa
saudaranya yang sudah meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, ketika diarahkan ke balai polis berdekatan, lelaki terbabit
yang juga penoreh getah cuba memujuk imam supaya melepaskannya sementara
wanita berkenaan dipercayai penuntut sebuah kolej di daerah ini berdiam
diri.
Katanya, kegiatan sumbang pasangan itu disedari sejak Mei tahun lalu
apabila melihat lelaki terbabit kerap keluar masuk dari rumah itu.
Sementara itu, Ismail berkata, pasangan berkenaan diserah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment