Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, October 19, 2014

No Comment


Pihak berkuasa Australia mendedahkan laporan pertama dalam misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 hari ini, dengan menyatakan kawasan seluas lebih 670 kilometer persegi sudah diperiksa namun tidak menunjukkan sebarang penemuan.

MH370 yang membawa seramai 239 orang itu dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. Sehingga kini, tiada petanda ditemui meskipun usaha pencarian udara dan laut besar-besaran sudah dan masih dijalankan.

Pencarian dasar laut pesawat model Boeing 777 itu, yang dipercayai telah terhempas di Lautan Hindi setelah tersasar daripada laluan penerbangan, kini sedang dilakukan di perairan Barat Australia. Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai misi tersebut, berkata kapal GO Phoenix sekarang ini giat menjalankan operasi pencarian dasar laut.

Pencarian dasar laut itu bermula 6 Oktober lalu berdasarkan kaedah tinjauan dan pemetaan lantai laut. Kira-kira 127,000 km persegi di zon pencarian sudah dipeta setakat ini.

Jentera dan mesin canggih yang dihubungkan pada kapal tersebut dan ditunda dengan kabel telah diarah untuk mengesan bahagian terbesar pesawat seperti enjin dan fiuslaj.

“GO Phoenix akan terus menjalankan operasi ini. Ada satu ketika, operasi dihentikan sebentar untuk memeriksa jentera yang ditunda dan membetulkan kabel perhubungan. Misi diteruskan selepas itu,” kata jurucakap ATSB.

GO Phoenix menjalankan tanggungjawa pencarian buat masa ini  di lokasi yang dipercayai menjadi lokasi terakhir MH370, berdasarkan analisis terperinci komunikasi satelit pesawat tersebut.

Kapal kedua,  Fugro Discovery, kini menjalankan prosedur percubaan dan dijangka akan menyertai usaha pencarian itu pertengahan minggu depan di lokasi seterusnya. - Astro Awani

0 comments:

Post a Comment