Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, October 18, 2014

No Comment

Georgetown: Remaja orang kurang upaya (OKU) maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri, di Jalan Bukit Dumbar, di sini, 4 petang ini.

Kejadian berlaku itu, Mohamad Huzaimi bin Shaari, 14, dipercayai memanjat kerusi di balkoni rumahnya sebelum terjatuh.

Jurucakap polis berkata, jasad mangsa ditemui di kawasan laluan kenderaan di tingkat dua.

“Mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ditemui berpakaian lengkap dan mati di tempat kejadian. Hasil soal siasat mendapati mangsa menetap bersama neneknya manakala ibunya berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana dilaporkan mengalami angin ahmar dan bapanya sudah meninggal dunia.

“Mangsa seorang yang hyperaktif dan jasadnya kemudian dihantar ke HPP untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

0 comments:

Post a Comment