Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 21, 2014

No Comment

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka membekukan cuti 400 pegawai dan anggotanya dalam Ops Raya selama 15 hari bermula hari ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarahnya Nazili Mahmood berkata kesemua anggota melibatkan sembilan balai di negeri itu akan ditempatkan di kawasan panas dan berisiko tinggi kemalangan termasuk di dua kawasan utama Lebuh Raya Utara Selatan iaitu di tol Simpang Ampat dan Lipat Kajang.

Beliau berkata dua pondok sementara akan dibuka 24 jam di tol terbabit bagi memastikan bantuan kecemasan dapat diberikan dengan cepat kepada mangsa kemalangan.

“Seramai lapan anggota termasuk seorang penyelia dengan sebuah jentera akan ditempatkan di pondok tersebut secara bergilir di laluan yang dikenal pasti sebagai laluan berisiko kemalangan.

Inisiatif ini bertujuan memendekkan masa respons bomba terhadap mangsa kemalangan dan memberi bantuan rawatan awal” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ops Raya dan simulasi kemalangan jalan raya di sini, hari ini.

Majlis itu dilancarkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Alam Sekitar Melaka Datuk Ismail Othman.

Nazili berkata dua ambulans bomba juga akan digerakkan sepanjang ops tersebut untuk membawa mangsa kemalangan atau anggota bomba yang mengalami kecederaan ketika bertugas ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Ambulans ini dilengkapi peralatan bantuan kecemasan dan paramedik terlatih berperanan memberi rawatan awal kepada mangsa atau anggota yang mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata anggotanya juga sentiasa melakukan pemeriksaan berkala melibatkan sistem penggera keselamatan di premis perniagaan, hotel dan kawasan berisiko di negeri itu sebagai persediaan awal mencegah kebakaran atau
kemalangan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment