TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegar timur laut Jepun awal pagi tadi, kata Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) , hari ini.
Agensi itu berkata, kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira jam 2.32 pagi waktu tempatan di Lautan Pasifik dan pada kedalaman 70 kilometer timur laut Pulau Hokkaido dekat Pulau Kuril yang menjadi perebutan dengan Russia.
Tiada laporan kerosakan diterima selepas kejadian.
USGS pada awalnya merekodkan bacaan pada 6.6 magnitud dan pada kedalaman 60 kilometer.
Pusat gempa adalah hampir dengan wilayah Russia, 94 kiloemeter dari bandar Kuril’isk manakala bandar terdekat Jepun ialah Nemuro kira-kira 291 kilometer dari pusat bencana.
Pulau Kuril sudah menjadi perebutan sekian lama di antara Jepun dan Russia. - AFP
0 comments:
Post a Comment