Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 19, 2014

No Comment

BACHOK – Jabatan Bomba dan Penyelamat bersiap sedia dengan 9,700 anggotanya yang akan ditempatkan di seluruh negara, bagi membantu usaha menyelamat dalam sebarang kecelakaan termasuk mangsa kemalangan jalan raya dan kebakaran semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata jabatan itu akan memulakan Ops Raya selama 14 hari bermula Isnin ini dengan tumpuan kepada 16 lokasi di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan.

“16 lokasi ini merupakan kawasan yang sering berlaku kemalangan jalan raya dan ini yang kita beri tumpuan selain rondaan berkala di tempat-tempat yang lain,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

Sebelum itu, Wan Mohd Nor menyempurnakan penyerahan kunci rumah melalui Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kepada keluarga Zainun Donik, 61, di Kampung Gelong Badak Hulu, Jelawat di sini.

Beliau berkata pada musim perayaan lazimnya berlaku peningkatan kemalangan jalan raya sehingga 10 peratus daripada hari-hari biasa, dan berharap pengguna jalan raya berhati-hati ketika memandu di jalan raya.

Wan Mohd Nor juga berkata selain itu pihaknya akan membuat pemeriksaan di premis membeli belah di seluruh negara bagi melihat sama ada premis berkenaan menitikberatkan soal keselamatan sempena hari raya ini.

“Selalunya premis ini akan menempatkan jumlah barangan yang banyak dan ditempatkan di tangga-tangga kecemasan dan ini sangat berbahaya apabila berlaku kebakaran,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment