Temerloh: Berselindung di sebalik kedai menjual kain, seorang lelaki bersama 30 individu ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) disyaki mengamal dan menyebarkan fahaman Syiah Bukhara di negeri ini.
Ketua Unit Operasi JAIP, Mohd Anis Azmi berkata,19 lelaki dan 13 perempuan ditahan di sebuah rumah di Mentakab, dekat sini, 3 pagi ini.
Beliau berkata, ketika ditahan mereka sedang berkumpul untuk beribadah sempena malam Lailatulqadar dan terkejut dengan kehadiran penguat kuasa JAIP.
"Mereka mendakwa dari India dan sudah mengawalkan fahaman terbabit sejak turun temurun sejak bermastautatin di negara ini.
"Siasatan awal mendapati ketua mereka yang juga pemilik rumah hanya mengamalkannya dalam kalangan ahli keluarga
"Namun, siasatan akan dijalankan bagi mengenalpasti motif ajaran berkenaan diamalkan," katanya ketika dihubungi, di sini,semalam.
Beliau berkata, serbuan dilakukan adalah hasil maklumat orang awam sebelum pihaknya melakukan intipan lebih sebulan di kediaman berkenaan.
"Kita akan menyiasat perkara ini mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Seksyen 15 iaitu menyalahi fatwa, Seksyen 17 kerana memiliki dokumen bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta Seksyen 18 kerana memiliki buku, majalah dan lain-lain bahan yang di dalam kawalan dan simpanan.
"Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya.
Mohd Anis berkata, pihaknya akan memanggil semua yang terbabit ke Pejabat Islam Daerah (PAID) untuk proses merakam keterangan, 23 Julai ini.
"Kita akan menyiasat kumpulan ini jika didapati ada menyebar serta merekrut ahli lain untuk diambil tindakan susulan," katanya. - myMetro / foto Sinar online
0 comments:
Post a Comment