Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 20, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Saham Penerbangan Malaysia (MAS) berdepan tekanan jualan hari ini susulan insiden pesawatnya, MH17 yang terhempas di Ukraine semalam.

Nahas itu menimbulkan kebimbangan pelabur mengenai prospek pemulihan syarikat penerbangan itu, sekali gus mendorong mereka menjual pegangan masing-masing.

Pada akhir dagangan di Bursa Malaysia, saham syarikat penerbangan kebangsaan itu ditutup pada 20 sen, jatuh 11.11 peratus atau 2.5 sen, selain muncul sebagai saham paling aktif diniagakan.

Sepanjang dagangan semalam, saham MAS bergerak antara 18.5 sen dan 20.5 sen, sekali gus mengakhiri momentum pemulihan sejak dua minggu lalu.

Insiden pesawat terhempas itu juga turut menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham syarikat berkaitan industri penerbangan yang mana saham Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) jatuh 41 sen kepada RM8.03, AirAsia Bhd susut lima sen kepada RM2.34 dan Brahim’s Holdings Bhd jatuh 12 sen kepada RM1.83.

Saham syarikat penerbangan antarabangsa lain juga turut mencatatkan kejatuhan susulan insiden itu yang mana Japan Airlines (JAL) jatuh 0.7 peratus, All Nippon Airways (ANA) susut 0.8 peratus, Cathay Pacific merosot 0.7 peratus dan Air New Zealand jatuh 2.5 peratus.

Insiden itu juga menyebabkan pasaran saham global juga menerima tekanan jualan kerana pelabur bimbang terhadap ketegangan geopolitik.
Dalam nota penyelidikannya semalam, Hong Leong Investment Bank (HLIB) melihat MAS akan menempuh perjalanan yang sukar untuk memulihkan semula imejnya susulan insiden terbaharu itu.

Ia berkata, sentimen pengguna bagi rekod keselamatan MAS akan terjejas teruk dengan dua insiden besar yang berlaku dalam tempoh enam bulan.

“Insiden ini akan menjejaskan lagi harapan syarikat penerbangan kebangsaan itu untuk pulih semula pada 2015. Kedudukan MAS dalam Oneworld Alliance mungkin terjejas berikutan rekod buruk ini,” katanya.

HLIB juga bimbang dengan kemapanan aliran tunai syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Ia berkata, setakat akhir suku pertama tahun ini, MAS mempunyai RM3.2 bilion tunai dengan kerugian aliran tunai operasi sebanyak RM350 juta pada suku pertama saja.

“Dengan jangkaan jumlah penumpang dan hasil yang rendah untuk baki tahun ini, kami percaya MAS mungkin memerlukan modal baharu untuk syarikat penerbangan ini terus beroperasi menjelang 2015,” katanya.

“Kaunter MAS akan terus berdepan tekanan jualan susulan insiden ini dalam tempoh terdekat,” kata firma penyelidikan itu. – BH Online

0 comments:

Post a Comment