Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 20, 2014

No Comment

Manchester, United Kingdom: Janji Louis van Gaal untuk menilai semua pemain utama Manchester United tampak jelas apabila pengurus yang baru dilantik itu mengumumkan barisan besar 25 pemain dalam skuad itu kelmarin untuk jelajah kelab itu ke Amerika Syarikat. 

Van Gaal, yang tiba di Old Trafford minggu ini selepas membimbing Belanda untuk persembahan cemerlang tempat ketiga pada Piala Dunia, menamakan beberapa pemain terpinggir dan remaja dalam skuad utamanya selain Ander Herrera dari Athletic Bilbao dan Luke Shaw dari Southampton. 

Ashley Young, Wilfried Zaha dan Shinji Kagawa juga berjaya mengikuti kunjungan itu bersama pertahanan berusia 20 tahun, Tyler Blackett dan Reece James selain pemain kembar berusia 21 tahun, penyerang Will Keane dan abangnya Michael, seorang pertahanan. 

Tiga perlawanan 

Senarai penuh skuad itu diumumkan dalam laman web United (www.manutd.com), juga menyenaraikan Wayne Rooney dan Danny Welbeck. 

Pemain yang tidak hadir termasuk Robin van Persie, yang berkata dia kepenatan selepas Piala Dunia dan perlukan rehat, Michael Carrick, yang mengalami kecederaan pergelangan kaki yang menyebabkan dia tidak boleh bermain sehingga tiga bulan serta Anderson, yang mengalami ketegangan pada betis ketika latihan pra-musim. 

Ketika jelajah Amerika Syarikat, United akan bermain menentang LA Galaxy (23 Julai), AS Roma (26 Julai), Inter Milan (29 Julai) dan Real Madrid (2 Ogos). REUTERS

0 comments:

Post a Comment