Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 9, 2012

No Comment

Isu Gelar Linda Onn “Bengong” , Lan Pet Pet minta maaf
Sebelum ini Linda Onn meluahkan rasa terkilan dan malu di akaun Twitternya ekoran tindakan seorang pelawak telah menggelarkan dirinya bengong di sebuah majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang dikemudikan mereka bersama baru-baru ini
Lanjutan perkara ini sampai ke pengetahuan Lan Pet Pet,meskipun menyedari dia sudah meminta maaf sebaik sahaja majlis yang dihadiri oleh Tengku Mahkota, Perdana Menteri dan isteri, Menteri Besar, orang kenamaan serta tetamu jemputan yang lain tersebut berakhir
“Terus-terang saya terkejut apabila diberitahu Linda Onn masih terasa dengan gurauan serta lawak yang saya lakukan kepadanya itu kerana saya sendiri sudah meminta maaf atas apa jua ketelanjuran kata-kata saya pada akhir majlis tersebut
“Saya fikir dia sudah boleh menerima permohonan maaf saya dan saya sendiri tidak terfikir dia masih memendam rasa. Apa-apa pun, saya mahu minta maaf banyak-banyak pada Linda Onn atas apa yang berlaku kerana apa yang berlaku bukan dilakukan atas niat yang disengajakan,” katanya kepada murai.com.my
Tambah Lan lagi, dia akan segera menghubungi Linda Onn sendiri bagi menyelesaikan isu tersebut supaya ia akan tidak lagi berpanjangan. – Murai

0 comments:

Post a Comment