Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 1, 2013

One Comment
Aznil Nawawi Dianugerahkan Gelaran ‘Datuk’


Tahniah diucapkan pada selebriti popular tempatan, Aznil Nawawi, 50, atau lebih mesra dipanggil Pak Nil.
Menerusi laporan dari Bernama, Aznil Nawawi dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sempena Hari Wilayah Persekutuan bersama 40 orang lagi penerima anugerah yang sama pada hari ini (Jumaat).
Penganugerahan ini secara rasminya akan memberikan gelaran ‘Datuk’ kepada Aznil Nawawi.
Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta dan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Aznil Nawawi merupakan ‘Duta Sihat 1Malaysia’ dan sudah menceburi industri hiburan lebih dari 20 tahun.
Jadi selepas ini, tiadalah lagi panggilan Pak Nil, bertukar jadi Tok Nil lah pula, kan? Oops, gurau.
Sumber : OhBulan

1 comments:

  1. Assalam. Dahulu rakyat malaysia yang menerima gelaran datuk atau dato' adalah orang yang amat berjasa kepada negara atau negeri dan amat di senangi, disegani dan di hormati kerana keperbadian penerima tersebut. akan tetapi sekarang gelaran itu tidak membawa apa2 makna kerana di anygerahkan kepada orang yang tidak sepatutnya. Orang2 yang membuat orang alpa, terkinja2 diatas pentas, yang mengajak anak2 kita menari dan menyanyi, orang seperti ini yanag dianugerahkan gelaran tersebut. Fikir2kan lah....

    ReplyDelete