Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 12, 2012

No Comment
Penjara didirikan atas tujuan menghukum dan memberi pengajaran kepada para banduan agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama setelah bebas kelak. Penjara juga mengajar banduan betapa indahnya kehidupan luar yang penuh kebebasan. Namun begitu, terdapat 5 penjara yang begitu ditakuti oleh banduan kerana sejarah silamnya yang penuh tragedi, tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia.

1. Penjara Carandiru, Brazil


Penjara ini pernah mendapat kecaman dunia pada tahun 1992 apabila berlakunya satu rusuhan yang tidak terkawal yang melibatkan beberapa kumpulan banduan di penjara tersebut. Bagi mengatasi masalah tersebut, satu pasukan lengkap bersenjata dikerah ke tempat kejadian dan berlakulah pembunuhan beramai-ramai di dalam penjara tersebut. Dianggarkan seramai 103 banduan telah meninggal dunia akibat ditembak oleh pasukan bersenjata.




2. Penjara Bang Kwang, Thailand

Penjara ini juga dikenali sebagai Bangkok Hilton. Keadaan penjara ini begitu sesak dan sepatutnya tidak mampu lagi untuk menampung kemasukan banduan baru. Penjara ini kekurangan warden bagi mengawasi banduannya yang begitu ramai. Sebagai alternatif, kaki dan tangan banduan di sini terpaksa dirantai sehingga mnyebabkan banduan mengalami tekanan mental dan menjadi gila walaupun baru sebulan ditempatkan di sini. Layanan yang diberikan oleh kakitangan penjara juga sangat teruk di mana banduan yang sakit dibiarkan sahaja terlantar di atas katil sehingga ada antara mereka yang meninggal dunia.

3. Penjara Pulau Alcatraz, San Francisco

Penjara ini lebih dikenali sebagai "The Rock" atau "Devil's Island'. Ia dibina sekitar tahun 1920an. Penjara ini terletak di sebuah pulau kecil sehingga menyebabkan banduan terputus hubungan dengan orang luar termasuk keluarga sendiri. Banduan yang ditempatkan di penjara ini dilarang bercakap sesama mereka sehingga ramai yang mengalami tekanan mental. Warden yang bekerja dalam penjara ini telah melanggar hak asasi manusia sehingga menyebabkannya ditutup pada 1963.

4. Penjara Pulau Rikers, New York

Penyeksaan kejam terhadap banduan menyebabkan penjara ini mendapat perhatian dunia. Pada tahun 2007, seorang banduan yang bernama Charles Afflic telah diseksa oleh pegawai penjara sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan parah dan terpaksa menjalani pembeahan otak. Pada 2003, 6 orang banduan telah direkodkan membunuh diri akibat tekanan mental yang keterlaluan.

5. Penjara San Quentin, California

Pada tahun 1930an, terdapat banyak kes rasuah dilaporkan berlaku dalam penjara ini sehingga menyebabkan pengarahnya ditukar. Banduan di sini dibotakkan dan dipaksa memakai baju yang mempunyai nombor-nombor tertentu yang mewakili setiap banduan. Selain itu, para banduan juga dipaksa makan dengan menggunakan baldi dan ditempatkan di sel yang sempit serta tidak berlampu. Nyawa tiada harganya di sini. Rusuhan antara kaum kerap berlaku dan bilangan warden yang kurang menyebabkan rusuhan sukar dikawal.

0 comments:

Post a Comment