DAYTON (Amerika Syarikat): Seorang wanita yang berang
menyaman bekas teman lelakinya selepas dia mentatu imej najis di
belakang tubuh wanita itu.
Rossie Brovent menuntut ganti rugi sebanyak 60,000 pound (RM300,000) daripada Ryan Fitzjerald.
Rossie dari bandar raya ini mahukan gambar dalam adegan filem Narnia ditatu di belakang tubuhnya.
Sebaliknya, dia mendapati tubuhnya ditatu dengan imej najis dengan dihurung beberapa lalat.
Artis tatu, Fitzjerald berang apabila mendapat tahu Rossie berlaku curang dengan teman baiknya.
Pada awalnya, Rossie mahu bekas kekasihnya itu didakwa melakukan
serangan, tetapi dia sudah menandatangani borang mengesahkan rekaan tatu
itu dibuat mengikut pertimbangan artis. Rossie berkata: “Dia menipu
saya dengan meminum sebotol arak murah bersama saya sebelum mendapatkan
tanda tangan saya dan membuat tatu itu.
hahaha..mmg bau najis la!! trol terbaek!
ReplyDelete