Jika dulu Gambit popular dengan isu lagu yang seksi , panggil peminat anjing, kini timbul lagi satu isu yang agak kurang cerdik. Main Poker untuk asah otak. Kata gambit, tujuan beliau bermain daun terusp di sebuah pusat hiburan di Australia itu bukan kerana duit, tapi kerana ingin mengasah otak bagi lebih cerdik.
Gambit atau nama sebenarnya Gambit Saifullah Rosli, 27, berkata, permainan daun terup yang disertainya itu hanyalah secara kebetulan bagi memenuhi masa terluang sewaktu bercuti dan bukannya semata-mata atas tujuan berjudi.
"Saya menyertai permainan itu sebenarnya secara kebetulan sahaja dan menganggap ia satu permainan psikologi.
"Biarlah orang nak buat macam-macam tuduhan terhadap saya kerana saya bermain daun terup bukan kerana mahu mendapatkan duit, tetapi sekadar ingin menguji pengetahuan.
"Cakap pun tak guna, kerana orang akan tetap mengkritik. Asalkan saya dan Tuhan tahu niat sebenar, itu sudah cukup," .
Gambit baru-baru ini telah menulis mesej melalui Twitter miliknya yang
mengharapkan tuah dalam permainan daun terup yang disertainya pada 5 Jun
lalu.
Namun
sayang sekali, gambit terus menyalahkan peminat dengan mengatakan kita
semua berfikiran sempit. Tapi saya rasa gambit harus sedar, masuk ke
tempat sebegitu pun sudah jatuh hukum, inikan pula bermain dengan daun
terup pula.
0 comments:
Post a Comment