Menerusi BiPop semalam, Anzalna akhirnya menyahut cabaran Neelofa
untuk mengemukakan bukti atas segala dakwaan yang telah dikatakan
sebelum ini. Untuk makluman, Neelofa di dalam sidang media yang diadakan
telah menghantar notis tuntutan supaya Anzalna menunjukkan bukti yang
Neelofa mereka Facebook Page “Kami Benci Anzalna” dan tulisan menghina
Anzalna di Facebook keluarga Neelofa.
Anzalna yang ditemuramah oleh Zubir berkata:-
Kini, saya perlu bekerjasama dengan SKMM untuk menemui penjelasan dan memperkukuhkan bukti berhubung semua dakwaan saya terhadap Lofa tempoh hari. Bagi saya, apa yang didedahkan menerusi BiPop tempoh hari adalah cerita betul, saya ada bukti. Cuma, beri saya waktu, insya-Allah dengan kerjasama SKMM akan memudahkan lagi proses penemuan bukti FB yang diminta pihak Lofa.
Abang Nara agak pelik sebab sebelum ini rasanya Anzalna kata ada
“print screen” semua bukti-bukti yang telah didedahkan. Secara jujur
Abang Nara rasa memang agak sukar untuk mendapatkan identiti pihak yang
mereka Facebook Page tertentu. Kata Anzalna lagi:-
Saya akan sahut tuntutan mahupun cabaran pihak Lofa supaya saya memberi penjelasan, sekali gus menampilkan bukti yang diminta. Mudah-mudahan dengan kerjama SKMM segala bukti yang sudah dihilangkan mampu dikembalikan. Saya yakin dengan kemampuan SKMM dalam menangani masalah ini. Saya akan minta peguam untuk menghubungi SKMM supaya penjelasan bukti yang mereka(pihak Lofa) tuntut mampu diberikan dalam jangk masa yang ditetapkan. Saya akan berusaha sehingga bukti itu ditampilkan.
Hmmmmmm. Secara jujur, Abang Nara rasa SKMM mungkin dapat membantu
tetapi tak pasti mereka dapat membantu sehingga ke tahap mendapatkan
identiti si pencipta FB page. Mungkin ada di antara anda yang pandai IT
boleh memberikan sedikit penerangan tentang hal ini. Kepada Anzalna,
semoga berjaya mendapatkan bukti-bukti untuk menunjukkan anda berada di
pihak yang benar.
0 comments:
Post a Comment