Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 24, 2012

No Comment



Jimmy terkejut dengan kenyataan terbaru isterinya iaitu Nursuhaila.
PETALING JAYA: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh amat kecewa dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy kerana membuat kenyataan tidak benar kononnya mereka telah berjumpa bagi membincangkan isu rumah tangga yang hendak diselesaikan secara baik luar mahkamah.
Jimmy, 32, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan isterinya adalah pada 4 Oktober tahun lalu di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini dan tidak lagi bertemu selepas itu.
"Apa yang dinyatakan oleh isteri saya adalah sama sekali tidak benar dan saya amat terkejut dia memberikan komen sedemikian kerana kali terakhir saya jumpa dia pada 4 Oktober tahun lalu.
"Bagaimanapun saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana enggan kisah antara kami lebih bertambah buruk," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Jimmy diminta mengulas kenyataan isterinya yang disiarkan mStar Online pada Khamis degan mendakwa mereka telah bertemu secara peribadi untuk berbincang bagi menyelesaikan kes perceraian mereka di luar mahkamah secara baik serta soal penjagaan anak.
Nursuhaila, 25, berkata, dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini, dia telah mencadangkan kepada Jimmy untuk berpisah dengan baik manakala hubungan mereka yang keruh itu dapat menjadi seperti sahabat.
Bagaimanapun Suhaila, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jimmy masih tetap dengan keputusannya untuk menyelesaikan kes itu di mahkamah.
Isteri Jimmy, Nursuhaila.
Sementara itu, mengulas mengenai isu anak, Jimmy menyifatkan apa yang dituduh oleh isterinya sebagai satu penipuan dan dia menyerahkannya kepada mahkamah.
"Pasal anak ni malas saya nak cakap lebih-lebih dan tunggu sahaja perbicaraan di mahkamah nanti.
"Dia boleh cakap apa sahaja tetapi jangan sampai menipu dan sebab itu juga saya menyerahkan soal anak kepada mahkamah untuk menentukan," ujarnya.
Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah.
Berikut adalah temu bual mStar Online bersama Jimmy:
1. Suhaila mendakwa dia ada berjumpa dengan Jimmy baru-baru ini bagi menyelesaikan pertikaian antara anda berdua demi kepentingan anak. Benarkah dakwaan itu?
Tidak benar Suhaila bertemu secara peribadi dengan saya baru-baru ini dan kali terakhir kami bersemuka adalah pada 4 Oktober tahun lalu bagi membincangkan masalah antara kami.
2. Kenapa agaknya Suhaila membuat dakwaan begitu dan adakah Jimmy terkilan dengan reaksi terbaru Suhaila?
Terkejut itu memanglah ada tapi saya tidak mahu ulas dengan panjang lebar kerana tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan yang telah parah. Suhaila atau sesiapa sahaja berhak untuk membuat sebarang kenyataan.
3. Suhaila mempertikaikan permohonan hak penjagaan anak yang dibuat oleh Jimmy di mahkamah dan memberitahu dia memang tidak membenarkan Zahrah bermalam di rumah Jimmy kerana bayi itu masih menyusu badan. Apa komen Jimmy?
Kalau menggunakan alasan anak tidak boleh tidur di rumah saya kerana menyusu badan adalah tidak logik kerana pada bulan April lalu Zahrah ada tidur di rumah saya dan tiada sebarang masalah kerana anak saya itu turut minum susu formula.
Bagi saya, adalah tidak adil untuk menipu begitu dan sebab itu juga saya menyerahkan kes berkenaan kepada mahkamah untuk membuat penilaian.
4. Baru-baru ini, bapa mertua anda iaitu Datuk Suhaimy membidas anda dalam sebuah program hiburan. Apa komen Jimmy terhadap dakwaan yang dilemparkan?
Saya tiada apa nak cakap kerana itu adalah hak beliau untuk bercakap dan saya tak nak komen.
5. Kes Jimmy dan Suhaila semakin rumit dengan pelbagai pendedahan dibuat. Adakah Jimmy rasa sudah sampai masa untuk kes ini dijalankan secara tertutup?
Saya dah buat permohonan untuk menjalankan kes ini secara tertutup menerusi peguam saya dan masih menunggu keputusan daripada pihak mahkamah syariah.

0 comments:

Post a Comment