Kasihan - Rohingya Di Burma Dan Apa Reaksi Kita? (12 Gambar)
Kasihan
Baru-baru ini permasalahan kaum Rohingya muncul kembali selepas lebih dua dekad senyap dari pandangan umum. Sekali lagi berita pembunuhhan dan keganasan kerjaan Myanmar terhadap warga Rohingya mendapat ruang di dada akhbar. Mereka diculik dan diseksa. Mayat mereka yang mati dibakar dan dihina. Mereka menjadi mangsa genosid kerana mereka dianggap pendatang dari luar.
Bagi mereka yang membesar pada awal 90an, genosid yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar menjadi Cause Celebre di Malaysia. Kutipan amal dilakukan oleh media arus perdana dan setiap hari ada sahaja berita tentang bagaimana umat Islam Rohingya ditindas dipaparkan. Ketika solat jumaat pula pak imam tak henti-henti berdoa kepada Allah supaya menyelamatkan warga Islam Rohingya dari kekejaman tentera kerajaan Myanmar yang berugama Buddha. Semua pakat amin. Selepas itu solat hajat dilakukan. Berjujuran air mata imam ketika mendoakan keselamatan Rohingya dan kemusnahan kepada rejin junta Myanmar yang kafir lakhanat.
Selepas itu selama dua dekat kita lupakan mereka dan aku agak terkejut apabila mendapati masalah mereka masih belum selesai. Masyarakat Rohingya tidak diiktiraf sebagai rakyat di mata pemerintan Myanmar. Bagi mereka Rohingya hanyalah pendatang Bangladesh sungguhpun mereka sudah duduk di Myanmar selama berdekad lamanya. Mereka dintindas setaraf dengan pendatang tanpa izin. Mereka tidak mendapat sijil kelahiran dan seterusnya tidak layak pergi ke sekolah kerajaan dan menerima rawatan di hospital. Rohingya adalah bangsa "tanpa negara". Awal 90-an kita menerima kedatangan mereka atas dasar "islam harus bantu islam". Datanglah mereka secara pukal ke tanah air kita dengan harapan dapat memulakan hidup baru di negara saudara se Islam.
Malang bagi mereka kita tidak pernah menandatangani deklarasi PBB berkenaan pelarian pada tahun 1951. Ini bermakna pelarian genosid dari Myanmar ini mempunyai taraf yang sama dengan pendatang tanpa izin indo. It is ironic that they ran from Myanmar coz they are not treated as citizens only to receive the same treatment here. Terjun mulut buaya masuk mulut biawak. Beberapa tahun yang lalu ada dokumentarai PANORAMA BBC berkenaan nasib pelarian Rohingya di Malaysia. Salah seorang Rohingya yang ditemuramah mengatakan kehidupan beliau di Malaysia sangat sukar. Antara masalah yang di alami beliau ialah selalu kena pau dengan polis yang meminta wang perlindungan. Kalau tak bayar masuk jel kerana mereka adalah PATI. Menyedihkan juga dokumentari ini tetapi pihak media dan orang ramai sudah tak peduli pasal mereka. Kasihan pada Rohingya hanya pada permulaan sahaja. Lepas beberpa berjaya "diselamatkan" mereka dilupakan. Ramai yang melarikan diri mahu menjadi warga Malaysia. Ada yang dilahirkan disini dan fasih berbahasa Malaysia tapi tidak diterima menjadi rakyat kerana ketiadaan sijil beranak. Jadilah stateless refugee sehingga akhir hayat.
Kini the plight of the Rohingyan muncul kembali dalam media arus perdana. Reaksi tiada beza dari apa yang aku lihat 20 tahun yang lalu. Sekali lagi kita sebagai Melayu Muslim rasa marah apabila membaca berita ratusan "saudara" Islam kita dibunuh di Myanmar.. Facebook wall penuh dengan berita "Ya Allah selamatkan Rohingya" "Celakalah Kerajaan Myanmar" dan banyak lagi posting yang bernada marah.
Persoalannya adakah kita mampu melakukan yang lebih baik sekarang dari apa yang kita lakukan 20 tahun yang lalu. Adakah tahi ayam yang diberakkan akan panas kembali sementara dan kini dibiarkan menyejuk sebelum dipanaskan buat kali ketiga pada tahun 2032?
Bincangkan.
Gambar REUTERS/Damir Sagolj
0 comments:
Post a Comment