Terkejut melihat beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh rakan Facebook pelakon kontroversi, Mislina di akaun miliknya.
Gambar-gambar tersebut memaparkan Mislina dalam keadaan separuh bogel dengan hanya mengenakan bikini sahaja di salah sebuah pulau.
MH yang menghubungi Mislina punya penjelasan tersendiri berhubung gambar berkenaan.
"Saya tak kisah apa orang nak cakap pasal saya lagi. Sebab sebelum ini saya sudah banyak menerima kritikan dan cemuhan sehingga dikatakan murtad, tidak beragama dan banyak lagi.
"Jadi untuk apa saya komen lebih-lebih fasal gambar ini kerana orang sudah terlebih dahulu menilainya. Walaupun saya bercerita yang baik, perkara buruk juga yang diperkatakan tentang diri saya.
"saya sudah malas nak memikir dan melayan semua itu sejak peristiwa di perhimpunan Bersih hari itu. Saya sudah tak kuasa masuk campur dalam dunia hiburan," jelasnya dalam nada tegas.
Ditanya reaksi tentang penyebaran gambar-gambar tersebut oleh rakan Facebook nya, jawab Mislina;
"Untuk apa saya marah kerana kawan-kawan saya juga berada ditempat yang sama dan mereka tahu keadaan saya. Saya dah cukup kebal untuk semua itu."
0 comments:
Post a Comment