Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 22, 2012

No Comment

Kami di Siakap Keli terdiri daripada airplanefag dan muziumfag. Apa sahaja berita berkenaa muzium dan juga teknologi penerbangan akan membuatkan kami exciting.


Hari ini mari kita lihat sebuah konsep pesawat yang menggunakan sistem tujahan FanWing. Dari nama yang diberikan anda pasti boleh meneka bagaiman tujahan dihasilkan untuk pesawat ini, Sebuah kipas dipasang pada bahagian depan sayap pesawat. Pergerakan pantas kipas menghasilkan pergerakan udara pada bahagian atas sayap dan ini menghasilkan kesan Bernoulli. Secara teori pesawat yang menggunakan sistem FanWing tidak memerlukan landasan yang panjang berbanding pesawat berenjin konvensional.


FanWin buat masa ini hanya terhasil dalam versi model skala kecil dan dari ujian skala kecil ianya mampu berfungsi dengan baik. FanWing dicipta oleh Patrick Peebles, dan menurut pereka dari Amerika ini FanWing bukan sahaja dapat menggunakan landasan yang pendek ia juga lebih senyap dari pesawat konvensional. Patrick Peebles kini dalam proses membina sebuah prototaip pesawat FanWing sebenar untuk ujian penuh tahu hapadan. Semoga berjaya. Sememangnya pesawat FanWing lain dari yang lain dan merupakan satu lagi evolusi teknologi penerbangan yang positif.






0 comments:

Post a Comment