Mantan CEO Apple Steve Jobs banyak mengeluarkan desain produk, namun bukan semuanya mendapat sambutan. Berikut 7 produk buatan Apple yang gagal secara komersil:
1. Apple III (1981)
Merupakan kesinambungan daripada komputer Apple II yang popular sebelum itu. Produk ini difokuskan kepada pengguna bisnes dan dihargai dengan pantas. Namun hardwarenya tak dapat bersaing. Apple kalah di pasaran kepada IBM PC yang dilancarkan pada tahun yang sama.
2. Lisa (1983)
Komputer komersial pertama dengan paparan HMI ini dijual pada harga US$9995. Namun peranti ini langsung tenggelam dalam bayangan Macintosh yang lebih murah yang diluncurkan setahun kemudian.
3. Komputer NeXT (1989)
Jobs selalu berupaya menghasilkan yang komputer lebih canggih dari masanya. Namun seperti Apple III dan Lisa, peranti ini juga terlalu mahal untuk diterima oleh pengguna ketika itu.
4. Puck Mouse (1998)
iMac baru merupakan produk utama paling berjaya ciptaan Jobs pada 1996. Namun mouse peranti ini berbentuk terlalu bulat dan pengguna tidak mengerti bagaimana ‘merasakannya’ dan peranti ini susah digunakan.
5. Cube (2000)
Desktop kecil yang diperkemas dengan rangka plastik lutsinar ini berjaya memenangi rekaan terbaik, namun peranti ini ‘berdebu’ di kedai kerana harganya mahal.
Selain itu, perangti ini tidak benar-benar menawarkan kelebihan bagi pengguna Mac. Idea penciptaan komputer ini muncul dari Mac Mini, Mac kecil yang lebih berjaya dan kurang menarik.
6. iTunes Phone (2005)
iPhone bukanlah cubaan pertama Apple masuk ke dalam bisnes telefon mudah alih. Syarikat ini pernah bekerjasama Motorola membuat ROKR pada akhir 2005.
Sebagai telefon mudah alih, peranti ini tidaklah terlalu menarik namun sebagai pemutar muzik, ia ini sedikit di bawah iPod. Peranti ini hanya mampu menampung 100 lagu dan proses pemindahan dari PC sangat lama.
7. Apple TV (2007)
Jobs kemudian memperkenal Apple TV sebagai ‘hobi’. Kotak kecil ini terhubung dengan TV dan Mac. Remote kecil memungkinkan pengguna memainkan muzik dan filem dari PC di TV.
0 comments:
Post a Comment