Pengarah filem Hantu Kapcai, Ghaz Abu Bakar menegaskan dia tidak langsung berniat untuk mempersendakan Islam menerusi filem ini. Elemen roh dan alam barzakh dalam Hantu Kapcai yang dipersembahkan dalam bentuk jenaka tidak sama sekali mempersendakan Islam.
Hantu Kapcai persendakan Islam
Filem Hantu Kapcai
PETALING JAYA: Elemen roh dan alam barzakh yang dipaparkan dalam bentuk jenaka menerusi filem komedi terbaru Hantu Kapcai tidak berniat untuk mempersendakan agama Islam.Pengarah dan penulis skripnya Ghaz Abu Bakar berkata, sebagai seorang muslim, dia masih peka dan menyedari batas-batas dan kesucian agama Islam dan sama sekali tidak bermaksud untuk mempermainkan perkara itu.“Saya muslim yang masih lagi peka dan tahu mengenai perkara sensitif berkaitan agama Islam. Tiada langsung berniat untuk mempersendakan atau mempermainkan agama saya sendiri dalam bentuk komedi dan hiburan.“Elemen-elemen roh, alam barzakh atau apa sahaja tafsiran orang yang dipaparkan dalamHantu Kapcai adalah himpunan memori pada watak Akim lakonan Hairul Azreen dan Ajib (Zizan Razak).“Ia bukan tafsiran atau gambaran saya mengenai alam ghaib, syurga, neraka atau apa sekali pun. Terpulanglah kepada penerimaan penonton untuk membuat tafsiran masing-masing,” katanya.Ghaz berkata, dia juga tidak berhasrat untuk mengundang sebarang kontroversi atau pertikaian dengan memaparkan elemen sensasi atau sensitif dalam karya arahannya.“Saya tidak mahu mengundang kontroversi dalam filem saya. Apa juga pandangan orang yang boleh menimbulkan kontroversi adalah sesuatu yang tidak disengajakan.“Terus-terang, pendekatan yang saya gunakan dalam filem ini adalah cara saya menyampaikan mesej positif dan berdakwah kepada penonton sasaran iaitu remaja dan peminat motosikal.“Saya tidak mahu mesej disampaikan secara berat dan serius, lantas memberikan tekanan kepada penonton. Atas sebab itu, setiap paparan filem ini diketengahkan dalam bentuk komedi,” katanya.Mengenai harapan terhadap filem sulung arahannya itu, Ghaz berkata, populariti pelakon utamanya mampu menarik penonton biar pun senario kutipan filem tempatan tidak menentu kebelakangan ini.“Saya risau juga dengan kutipan filem tempatan sejak akhir-akhir ini tetapi saya percaya pada mesej daripada mulut ke mulut oleh penonton yang sudah menyaksikannya. Kaedah itu mampu menjadi promosi yang baik untuk menarik penonton.“Selain itu, populariti Zizan, Remy, Fizz dan Neelofa juga mampu menarik penonton ke pawagam. Malah, saya bersyukur kerana filem ini ditayangkan pada hujung bulan ketika orang ramai sudah mendapat gaji, mungkin itu juga akan membantu,” katanya.Hantu Kapcai yang merupakan filem pertama terbitan anak syarikat KRU Studios iaitu Showbiz Productions berkisar mengenai seorang mat rempit bernama yang terjebak dalam perlumbaan haram kerana kesempitan wang.Dalam perlumbaan itu, Ajib terpaksa berentap dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy Ishak) sehingga membawanya ke ambang maut.Sebelum ini, Ghaz dikenali sebagai pengarah klip video lagu-lagu artis tempatan antaranyaKisah Hati nyanyian Alyah, Cinta Bersatu (Liyana Jasmay), Pelangi Senja (Stacy) dan terbaru Muara Hati (Datuk Siti Nurhaliza & Hafiz).
0 comments:
Post a Comment