Gereja Roman Katolik Australia telah mengesahkan bahawa lebih daripada 600 kanak-kanak telah didera secara seksual oleh paderi mereka sejak tahun 1930 di negeri Victoria.
Ketua Biskop Melbourne, Denis Hart, menyifatkan angka itu sebagai “ngeri dan memalukan”.
Pengakuan itu dibuat dalam satu penghujahan kepada siasatan parlimen negeri dalam pengendalian kes-kes pencabulan, namun terdapat pihak yang mengatakan angka sebenar mungkin mencapai sehingga 10,000 mangsa kanak-kanak.
Pihak gereja berkata 620 kes itu bermula dari 80 tahun lepas dengan majoriti kes berlaku antara tahun 1960-an dan 1980-an, dengan 45 kes lagi masih dalam siasatan.
Dalam satu kenyataan, Ketua Biskop Hart berkata ia adalah penting untuk bersikap terbuka “mengenai penderaan seksual yang telah berlaku di Victoria dan di tempat lain”.
“Kita melihat siasatan ini sebagai cara membantu penyembuhan mereka yang telah dicabul, dan untuk memeriksa konteks yang luas tentang respons dari pihak gereja, terutamanya dalam tempoh 16 tahun yang lalu, dan untuk membuat cadangan bagi meningkatkan penjagaan mangsa dan bagi langkah-langkah pencegahan yang sedang dilaksanakan, “kata kenyataan itu.
Chrissie Foster, ibu kepada dua anak perempuan yang dirogol oleh paderi mereka dari pertengahan 1980-an, berkata pihak gereja mempunyai tempoh yang berdekad lamanya untuk menangani isu ini tetapi hanya baru mendedahkan angka penderaan seksual itu kepada siasatan parlimen Victoria.
“Hanya kerana usaha mangsa yang berulang alik melapor kepada pihak polis yang menyebabkan semua ini berhenti”.
“Pihak gereja tidak pernah berusaha untuk menghentikan jenayah paderi fidofilia (tertarik secara seksual kepada kanak-kanak) mereka,” tambah Foster, yang berkata salah satu daripada anak perempuannya akhirnya membunuh diri.
Kerajaan negeri Victoria mengumumkan siasatan ke dalam kes pencabulan kanak-kanak oleh badan agama dan badan bukan kerajaan selepas berpuluh-puluh kes bunuh diri oleh mereka yang dicabul oleh para paderi dilaporkan.
Penderaan kanak-kanak oleh paderi Roman Katolik telah menjadi isu utama di Australia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Semasa lawatan ke Australia pada Julai 2008, Pope Benedict XVI bertemu dengan beberapa mangsa dan membuat permohonan maaf secara terbuka ke atas pencabulan tersebut.
- Harakahdaily.net

0 comments:
Post a Comment