Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 30, 2012

No Comment
Peraturan Haji


Arab Saudi – `Mereka yang melanggar peraturan dan syarat tidak akan diberikan visa untuk menunaikan haji,’ itu amaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji susulan langkah yang diambil oleh kerajaan Nigeria untuk menggantung semua penerbangan ke negara berkenaan bagi tujuan haji.
Menurut Menteri Haji Arab Saudi, Hatim Hassan Qadhi, peraturan menetapkan wanita yang berusia 45 tahun ke bawah perlu ditemani muhrim mereka.
Justeru, ia perlu diikuti demi keselesaan semua pihak.
Malah, katanya peraturan itu terkandung dalam borang permohonan visa untuk wanita.
Hatim berkata, ia juga selaras dengan matlamat kerajaan Arab Saudi untuk  menyediakan perkhidmatan yang selesa dan memudahkan mereka yang datang dari serata dunia untuk melaksanakan ibadah haji.
Beliau mengulas tindakan Arab Saudi menghantar pulang 600 wanita dari Nigeria selepas mereka datang ke negara itu tanpa ditemani muhrim masing-masing.
Semenatar itu, speaker Parlimen Nigeria, Aminu Tambuwal dijadual melawat negara berkenaan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Manakala jurucakap suruhanjaya haji Nigeria, Uba Mana pula memaklumkan, penggantungan penerbangan berkenaan dilakukan hanya sementara waktu.
“Kami akan menyambung semula penerbangan apabila isu ini selesai,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment