Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 28, 2012

No Comment
Maya Karin Ke Nepal Pada Oktober


Jika dilihat dari segi luaran, pelakon jelita, Maya Karin boleh digambarkan sebagai seorang yang lemah lembut. Tetapi sebenarnya wanita ini berjiwa lasak.
Dia mempunyai kecintaan yang tinggi untuk mengembara ke seluruh dunia.
Tidak kira sama ada pergi secara berseorangan atau kumpulan, Maya Karin tidak pernah takut untuk berhadapan dengan dunia luar.
Pada Oktober depan, dia bakal ke Nepal untuk menemani bapanya mendaki ke Gunung Langtang Lirung sekaligus bakal menyambut hari lahirnya di sana.
Menurut Maya, dia akan ke Kathmandu, Nepal sebelum mendaki gunung tersebut yang mengambil masa 8 hari.
“Empat hari naik dan empat hari turun, jadi masa turun ke kaki gunung itu merupakan hari jadi saya.
“Saya memang tidak sabar untuk menyertai ekpedisi ini dan sangat teruja,” katanya yang dipetik melalui Murai.com, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, Maya kini sudah memasuki tahun kedua menjadi duta produk Innershine.
Maya akui, Innershine banyak membantu memberi perlindungan kepada kulitnya yang sering terdedah kepada pancaran matahari.
“Pengambilan sehari sekali produk Innershine dapat mengekalkan kesihatan kulit. Ia sangat berkesan dan mujarab,” kata aktres berusia 32 tahun ini.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment