Shanghai Kesan Bakat Shila Amzah Sejak 2008 - KUALA LUMPUR : Penyanyi Shila Amzah akui dia telah dihubungi sendiri oleh pihak penganjur Asian Wave 2012 iaitu Shanghai Media Group (SMG) untuk menyertai pertandingan nyanyian yang menyaksikan di peringkat Asia tersebut.
Shila Amzah memberitahu dia berbangga kerana pihak SMG cukup yakin dengan bakatnya sejak dia menjuarai pertandingan Shanghai World Star Quest 2008 yang lalu.
“Saya bangga kerana SMG telah menilai dan melihat sendiri kredibiliti saya untuk dipilih menyertai pertandingan ini. Mereka sebelum ini telah mengenalpasti bakat saya selepas saya menjuarai pertandingan Shanghai World Star Quest 2008 yang lalu.
“Mereka sendiri memanggil saya untuk ke pertandingan yang lebih besar yang mana disertai oleh nama-nama besar penyanyi di Asia,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Namun dia gembira kerana disokong oleh Pengurus Besar, Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis Sdn Bhd (Prism), Ong Peng Chu yang turut bersama-samanya di sana, selain ibu dan ayahnya.
“Saya gembira kerana lagi sekali Ong bawa saya sekali lagi seperti pertandingan di Shanghai tahun 2008 lalu. Selain Ong, ibu bapa saya turut menemani dan menyokong saya di sana,” luahnya lagi.
Anak kepada peyanyi ND Lala ini berjaya mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang telah pun berlangsung di Shanghai, China pada 20 September lalu.
Shila yang baru sahaja pulang ke Malaysia pada 26 September lalu (semalam), telah membawa bersama trofi kemenangan dan wang dana yang masih belum dapat dipastikan jumlahnya. – Murai
0 comments:
Post a Comment