Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 27, 2012

No Comment

Nekad Terjun, Patah Pinggang
Nekad Terjun, Patah Pinggang - KUALA LUMPUR : Seorang daripada tujuh penyewa sebuah hotel bajet, patah pinggang selepas terjun dari tingkat satu untuk menyelamatkan diri dalam kebakaran di Jalan Changkat Bukit Bintang, di sini, awal pagi semalam.
Ketika kejadian berlaku, terdapat tujuh penyewa dikatakan sedang tidur di lima daripada 10 bilik di premis dua tingkat itu.
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu kira-kira jam 7.14 pagi, sebelum empat jentera bersama 31 anggota dihantar ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, api sedang marak membakar sebuah bilik di bahagian tengah premis terbabit.
Katanya, bomba mengambil kira-kira 20 minit untukmengawal dan memadamkan api sepenuhnya.
“Hanya sebuah bilik musnah teruk, manakala sembilan lagi tiada sebarang kerosakan.
“Seorang penyewa warga Vietnam, Do Thanh Trung, 24, patah pinggang ketika cuba menyelamatkan diri. Dia terperangkap dan terpaksa pecahkan jeriji tingkap dan terjun dari bilik hotel,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Azizan berkata, enam penyewa lain sempat menyelamatkan diri keluar menggunakan tangga kecemasan.
Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan kerugian setakat ini dianggarkan RM200,000.
Empat jentera bomba dari Balai Bomba Pusat, Hang Tuah dan Pudu bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi memadam dan menyelamat. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment