Selepas pendedahan bahawa Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin secara tiba-tiba memiliki beberapa kereta mewah berbanding hanya sebuah Myvi ketika sebelum Pilihan Raya Umum 2008, Blogger Sel13.com mendakwa, Zuraidah dan suaminya kini gigih mahu mengesan siapa mereka.
Penulis blog berkenaan yang dapat mengagak niat di sebalik usaha mengesan itu berkata; “Nasihat kami, tidak perlu cari kami. Kami tidak berminat untuk berunding dengan kamu. Sila simpan wang kamu!”
Kenyataan tu dibuat di bawah entri bertajuk Kepada Zuraida-Sila Simpan Wang Anda Kami Tak Minat yang dimuat naik Rabu lalu.
Ia adalah berikutan pendedahan Sel13.com sebelum itu mengenai kemampuan Zuraidah yang secara tiba-tiba membeli kenderaan seperti VOLVO XC90 2.5 T yang bernilai RM355,000.00 dan Toyota Hilux bernilai RM100,000.
Zuraida yang berasal dari Indonesia merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sel13.com seterusnya meminta Zuraida agar menggunakan masa yang dimiliki beliau untuk berkongsi ‘rahsia kejayaan’ hidupnya dengan pengundi-pengundi Ampang.
“Kami di sini juga akan memainkan peranan kami untuk menolong kamu dengan menceritakan kepada dunia tentang ‘rahsia kejayaan’ kamu,” kata penulis blog berkenaan.
0 comments:
Post a Comment