Penyanyi Ezad Lazim mengesahkan ikatan pertunangannya dengan pembantu
peribadi, Asliza Abdullah, telah pun terlerai sejak seminggu yang lalu.
Ezad, 33, berkata, dia yang sepatutnya berkahwin pada Julai lalu tidak
sangka percintaan yang terjalin selama empat tahun itu gagal bertahan
sehingga ke jinjang pelamin, malah ia terputus seminggu sebelum dia
menyambut hari lahirnya yang ke 33 tahun pada hari ini (Jumaat).
“Nak buat macam mana, mungkin kami tidak ada jodoh untuk hidup bersama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.
“Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan pehubungan ini.
“Bagaimanapun saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik terjadi
antara kami, manalah tahu..,” katanya yang dihubungi mStar Online, di
sini, Khamis.
Ezad dan Azliza telah mengikat tali pertunangan mereka pada 1 Jun lalu
dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Julai 2012.
Bagaimanapun, khabar angin mengatakan keretakan hubungan itu berpunca
daripada pihak perempuan yang seolah-olah tidak bersungguh-sungguh
dengan perancangan perkahwinan mereka.
Tambah bekas vokalis kumpulan Exist itu, dia enggan menuduh sesiapa pun
tentang permasalahan itu dan menganggap masing-masing mempunyai
kesalahan sendiri sehingga ia telah menjejaskan perhubungan yang
terjalin.
“Saya harap tiada yang menuding jari kepada sesiapa tentang hal putus
tunang ini. Bagi saya ia adalah satu pengajaran dan iktibar yang besar
buat kami berdua.
“Bukan mudah juga untuk saya membuat kenyataan sebegini kepada pihak
media kerana saya sendiri tak tahu untuk jawab apa apabila disoal
tentang hal ini,” tuturnya.
Dalam pada itu, Ezad turut mengakui yang dia sudah serik dalam
menjalinkan perhubungan cinta, namun penyanyi itu hanya berserah kepada
Tuhan tentang hal pengurusan jodohnya.
“Saya sebenarnya susah untuk menyukai seseorang dan apabila perkara
begini berlaku, sukar untuk saya jelaskan apa yang terasa di hati.
“Sampaikan keluarga memberikan cadangan untuk membiarkan mereka
mencarikan bakal isteri yang sesuai, tetapi saya tak nak. Serik rasanya.
Biarlah, saya serahkan jodoh ini kepada Allah S.W.T.
“Dan saya ingin memberi fokus kembali terhadap karier saya selepas ini,”
kata Ezad yang sedang sibuk dengan rakaman single lagu terbarunya.
Friday, November 30, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment