Nak Sangat Duitkan? Gadis Akhirnya Terima Hadiah Baju ‘Duit’ Dari ‘Sugar Daddy’ - Kerana duit, terkadang manusia itu sanggup melakukan apa sahaja.
Bagi seorang gadis di China, kerana inginkan kehidupan yang mewah dan mahukan segala barang yang berjenama, dia sanggup mencari seorang lelaki yang tua, untuk dijadikan ‘sugar daddynya’.
Gadis itu yang dikenali sebagai Sina Weibo dalam laman sosial telah menunjukkan hadiah yang diterima oleh sugar daddynya sempena hari lahir yang ke 21 tahun.
Sina telah menerima baju duit yang disusun seperti ‘dress’ dengan nilainya 200,000 yuan (RM98,000)!
Dia telah memuat naik gambarnya yang memakai baju duit itu di laman sosial.
Namun, atas tindakannya itu, ramai yang telah mengecam gadis itu dengan mengatakan dia sebagai seorang gadis yang sakit jiwa atau terlalu berlagak.
“Daddy telah memberikan hadiah hari jadi saya yang sangat bernilai iaitu baju duit sebanyak 200,000 yuan! Sangat bernilai! Saya sangat terkejut dengan hadiah ini dan barangan jenama Channel, LV dalam almari saya sekarang ini sudah tidak bernilai,” kata gadis itu menerusi laman sosialnya yang dipetik dari People Daily.com.
Ada juga warga internet yang menempelak gadis itu dengan mengatakan dia bodoh kerana terlalu percayakan ‘daddynya’ kerana mengetahui kekasih kepada gadis itu hanya mahukan hubungan seks sahaja. – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment