Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 24, 2012

No Comment

TV Pendidikan Israel Ajar Budak Benci Islam
TV Pendidikan Israel Ajar Budak Benci Islam - Bercakap mengenai kekejaman Israel kepada umat Islam, pastinya ia tidak akan pernah berakhir.
Sejak bertahun-tahun, umat Islam yang sering menjadi mangsa adalah rakyat Palestin.
Setiap saat dan detik, kehidupan rakyat di sana tidak pernah tenteram.
Setiap waktu kehidupan mereka dihantui dengan bunyi tembakan dan bedilan bom.
Tindakan tentera Israel yang melancarkan serangan udara di Tebing Gaza mencetuskan kemarahan seluruh rakyat di seluruh dunia.
Apakah mereka tidak punyai perasaan perikemanusian?
Persoalan yang sering kita terfikir, punca dan sebab apakah yang membuatkan Israel terlalu kejam dan bencikan kepada orang Islam?
Hakikatnya, itulah realiti yang tidak pernah berkesudahan yang Israel akan terus bertindak kejam terhadap umat Islam kecuali ditakdirkan oleh Allah S.W.T suatu hari nanti umat Islam akan menang dalam pertempuran menentang kaum Yahudi.
Malah, sejak dahulu lagi, Israel telah menyemai perasaan kebencian dalam rakyat mereka.
Percaya atau tidak, benih kebencian itu diajar sejak rakyat mereka masih kecil lagi.
Pada tahun 1996, Israel telah menerbitkan satu rancangan pendidikan yang mengajar kanak-kanak untuk membenci umat Islam.
Stesen itu adalah Televisyen Israel Channel 1 di mana guru dalam rancangan itu mengajar kanak-kanak menyanyikan lagu yang berunsurkan kebencian.
Liriknya adalah, “Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”
Setiap ajaran kebencian yang mereka taburkan kepada kanak-kanak Israel diajar dengan penuh rasa kegembiraan.

0 comments:

Post a Comment