Isteri Aaron Aziz Letak Syarat Pada Rita Rudaini? - Benarkah pelakon kacak, Aaron Aziz dikatakan tidak boleh berlakon dengan Rita Rudaini?
Gosip berkenaan tersebar kerana kononnya pengurus merangkap isteri Aaron iaitu Diyana Halik dikatakan cemburu.
Pada mulanya gosip itu dianggap cerita tidak benar kerana Aaron mahupun Rita tidak memberi sebarang kenyataan, tetapi semaki diam, semakin menjadi hangat pula diperkatakan.
Menerusi Hip, hari ini, Aaron menafikan sekeras-kerasnya cerita itu.
“Sepanjang bergelar pelakon, belum pernah saya meletakkan sebarang syarat untuk tidak berlakon dengan orang itu atau orang ini, termasuk Rita.
“Ini semua gosip bodoh dan tidak benar sama sekali.
“Lagipun sebagai ketua keluarga, keputusan akhir tetap di tangan saya, walaupun dia menguruskan kerjaya seni saya,” katanya.
Tambahnya, kasihan kepada Diyana apabila dituduh bukan-bukan.
“Tak pasal-pasal dia terbabit dalam kontroversi ini.
“Saya tak pernah ada masalah untuk berlakon dengan sesiapapun, termasuk Rita,” tegasnya.
Ditanya bagaimana gosip itu boleh timbul, Aaron memberitahu semuanya bermula sewaktu dia mahu membintangi drama Adam dan Hawa.
Katanya, pihak produksi ada bertanya dengan siapa dia mahu bergandingan di dalam filem tersebut dan mereka ada mencadangkan beberapa nama termasuk Rita.
Oleh kerana dirinya pernah berlakon dengan Rita di dalam drama Rahsia Hati, jadi dia ambil keputusan untuk berlakon dengan aktres yang belum pernah menjadi heroinnya.
“Kebetulan saya belum pernah berlakon dengan Nadiya Nissa. Saya juga mengagumi bakatnya, jadi saya bersetuju digandingkan dengannya,” dedah Aaron. – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment