Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 29, 2013

No Comment
ALOR GAJAH: Seorang remaja kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun cedera parah selepas nekad terjun dari sebuah kereta bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol di sebuah taman perumahan di Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa, Maysharah Mohd Zahar yang mengalami masalah kaki pengkar bersama seorang lagi rakan dalam perjalanan pulang ke rumah dari pekan Kuala Sungai Baru, di sini, sebelum motosikal Yamaha Sport yang dinaiki mereka kehabisan minyak.
Menurut sumber, menyedari motosikal kehabisan minyak, mangsa dan rakan menolak motosikal sejauh 200 meter sebelum didatangi sebuah kereta jenis Proton Iswara dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an menawar bagi menumpangkan mereka.
“Ketika itu, mangsa melihat ada seorang remaja perempuan dalam kereta berkenaan dan bersetuju untuk menumpang berikutan jarak rumah dengan lokasi hanya kira-kira 500 meter,” katanya.
Menurutnya, sebaik saja mangsa masuk dalam kereta, lelaki itu memecut kenderaan meninggalkan rakan mangsa yang sedang mengunci motosikal.
“Di dalam kereta, lelaki terbabit membuka topik lucah sehingga mangsa ketakutan,” katanya, semalam.
Sumber berkata, panik dengan kejadian itu, mangsa cuba membuka pintu kereta namun gagal sebelum bertindak menurunkan tingkap belakang kiri dan jerit meminta tolong.
“Bagaimanapun, ketika itu laluan berkenaan lengang dan lelaki terbabit bertindak memecut memotong tiga buah treler ketika melalui jalan bersimpang siur. Mangsa kemudian memberanikan diri keluarkan kepala dan separuh badan dari tingkap kereta itu sambil meronta-ronta.
“Dalam keadaan kereta terhoyong-hayang, mangsa nekad terjun dari kereta menerusi tingkap sebelum tercampak ke tengah jalan raya, manakala lelaki terbabit memecut keretanya hingga terbabas,” katanya.
Mangsa yang cedera parah hampir keseluruhan badan dirujuk ke Hospital Alor Gajah dan menerima 12 jahitan di kepala sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya hari sama.
Sementara itu, ibu mangsa, Rasnah Abd Ghani, 50, berkata, ekoran kejadian itu, anak kesembilan dari sepuluh beradik itu trauma dan kerap meraung dan menangis.
“Kadang kala, apabila terlelap, secara tiba-tiba dia merintih sakit dan berkata, ‘nak balik rumah’ dan ‘tolong saya’ berulang kali,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, bertindak atas maklumat, suspek berjaya ditahan di pekan Kuala Sungai Baru, kira-kira 5 petang kelmarin.
“Suspek kini direman empat hari bermula semalam (kelmarin) dan kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan,” katanya-Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment