Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 28, 2013

No Comment
Kapal Tentera AS


MANILA – Badan depan sebuah kapal pembersih periuk api milik tentera Amerika Syarikat (AS), USS Guardian dipotong selepas ia terperangkap di Terumbu Tubbataha di Laut Sulu, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam.
Jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Filipina, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, sebuah pasukan berjaya melakukan operasi tersebut.
Badan kapal yang dipotong itu diletakkan di dalam sebuah tongkang kelmarin.
Menurutnya, pasukan penyelamat akan melakukan operasi memotong baki bahagian badan kapal itu.
Operasi memotong bahagian kapal sepanjang 68 meter itu bermula sejak 22 Februari lalu.
Bagaimanapun, operasi memotong itu terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk.
Operasi memotong kapal itu dilakukan dengan menggunakan sebuah kren di atas sebuah kapal lain.
Kapal itu terkandas pada 17 Januari lalu selepas ia tersilap memasuki kawasan terumbu karang. – Agensi

0 comments:

Post a Comment