Setiap pasangan suami isteri pasti ada hobi atau aktiviti kegemaran yang gemar dilakukan apabila bersantai bersama-sama.
Perkara ini tidak terkecuali kepada pasangan suami isteri romantis, Yusry dan Lisa Surihani.
Menerusi portal Murai, Yusry mengakui akan meluangkan sedikit masa dengan memainkan piano buat suri hati yang dicintainya pada waktu santai mereka.
Selain itu, dalam mengekalkan keharmonian rumahtangga, Lisa dan Yusry gemar menghabiskan masa dengan duduk berdua-duaan sambil bercerita dan bergurau senda di kolam renang yang dibina di kediaman mereka yang terletak di kawasan perumahan elit di Kajang.
Perkahwinan pasangan sama cantik sama padan itu sudah memasuki ulang tahun pertamanya pada 23 Februari lalu.
Semoga berkekalan hingga akhir hayat hubungan pasangan selebriti popular ini hendaknya. InsyaAllah.
Oleh: JULIANA JOHAR
0 comments:
Post a Comment