Seiring dengan perubahan arus teknologi terkini, sekarang muncul pula sebuah aplikasi video singkat yang diperkenalkan sebagai Keek yang popular di kalangan selebriti tempatan.
Ramai artis tempatan turut mempunyai akaun Keek dan ianya dilihat sebagai salah satu cara mereka untuk merapatkan diri dengan peminat dengan memberikan perkembangan terbaru mengenai diri mereka.
Antara artis yang aktif dengan akaun Keek ini ialah Elfira Loy, Nana Mahazan, Fara Fauzana, Neelofa dan Tomok.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 29, sempat berkongsi video mengenai perkembangan terkini anaknya, Arrianshah Akid yang kini hampir berusia 11 bulan.
Rajin Tomok melayan telatah anaknya yang tidak mahu tidur lagi ketika itu.
Jom layan video comel Arrian ini dulu
0 comments:
Post a Comment