Nama Panjang Trend Kini - KUALA LUMPUR : Nama seperti Amanda Natasha Nur Rania Alya, Meor Muhammad Azrai Tufail, dan Sharifah Nur Arissa Zulaikha Damia adalah antara nama panjang kini menjadi pilihan sesetengah ibu bapa apabila mendaftar anak mereka yang baru lahir.
Nama itu semacam berselirat bila kebetulan nama bapa juga panjang seperti Muhammad Haikal Shafiq al-Amin.
Penceramah agama Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, “memang ada kalangan ibu bapa yang gemar memilih nama anak yang panjang dan lain
dari yang lain tanpa memikirkan maksud yang baik di sebalik nama berkenaan.”
dari yang lain tanpa memikirkan maksud yang baik di sebalik nama berkenaan.”
Trend memilih nama panjang ini berbeza dengan trend pada tahun-tahun 40′an-50′an dulu ketika ibu bapa memilih nama-nama yang agak luar biasa seperti
Pungut, Bongek, Patah, Punat, Gondol, Tumpang, Sabtu, Ahad, Isnin dsbnya.
Pungut, Bongek, Patah, Punat, Gondol, Tumpang, Sabtu, Ahad, Isnin dsbnya.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor berkata, dari segi kepanjangan nama untuk pendaftaran, JPN tidak ada halangan asalkan nama berkenaan tidak melebihi 80 aksara meliputi huruf, ruang kosong, bin, binti dan nama bapa.
JPN cuba menasihati sekiranya nama yang ingin diberikan itu mempunyai maksud yang tidak baik, katanya.
Jainisah berkata nama yang terlalu pelik juga tidak digalakkan kerana ia akan menyusahkan ibu bapa itu sendiri apabila terpaksa datang semula ke JPN bagi
menukar nama yang anak itu sendiri tidak selesa.
menukar nama yang anak itu sendiri tidak selesa.
Wan Akashah berkata nama anak selain melambangkan identiti, ia juga merupakan doa.
“Lebih baik meletakkan nama yang pendek tetapi mempunyai maksud yang baik berbanding nama yang panjang dan pelik tetapi tidak mempunyai sebarang maksud,” katanya.
Ada nama yang memberi makna negatif.
Jainisah berkata, kira-kira 500,000 pendaftaran kelahiran direkodkan oleh JPN setiap tahun.
JPN tidak mempunyai statistik nama-nama panjang yang didaftarkan, katanya. – Bernama
muhammad mujahidin mustaqim
ReplyDelete