Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 25, 2013

No Comment
Lisa Jelaskan Isu Produk Salah Guna Namanya


Pelakon dan juga pengacara, Lisa Surihani tampil memberikan penjelasan selepas gambar miliknya telah diambil tanpa kebenaran untuk tujuan melariskan produk kecantikan yang semakin mendapat tempat di Malaysia, SNE.
Lisa turut menegaskan bahawa dia merupakan duta produk Garnier Skin Naturals dan berharap agar pihak Beutskin memperbetulkan kenyataan mereka mengenai isu ini.
Antara petikan yang diambil dari laman facebook Lisa Surihani sendiri,
Bagi pihak Lisa Surihani kami ingin menjelaskan yang Lisa Surihani bukan seorang pengguna produk SNE.
Kami telah menemui pihak SNE untuk berbincang perkara yang lain dan bukan untuk membeli produk SNE.
Disini kami meminta agar pihak SNE atau pemilik laman Beutskin SNE Healthcare tidak menguna nama atau gambar Lisa Surihani untuk mempromosikan produk mereka.
Diharap juga agar pihak SNE atau pemilik laman tersebut memperbetulkan kenyataan-kenyataan dilaman mereka supaya tidak menimbulkan salah faham atau kekeliruan pembaca atau pengguna produk SNE dengan cepat mungkin.
Lisa Surihani ialah pengguna dan duta untuk produk Garnier Skin Naturals.
Setahu kami, duta sebenar yang telah diumumkan secara rasmi hanyalah Scha Al- Yahya. – Rotikaya

0 comments:

Post a Comment