Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 27, 2013

No Comment
Rita Rudaini Berhak Tidak Turuti Arahan Aidil


Masih lagi dengan kisah rumah tangga pelakon Rita Rudaini dan Aidil Zafuan yang dilihat seakan tidak bertemu jalan penyelesaiannya.
Sebelum ini, Rita pernah mendedahkan suaminya itu melarang dirinya berlakon dengan seorang pelakon lelaki yang berasal dari Singapura.
Tetapi kini Rita menyatakan dia berhak untuk tidak menuruti sebarang arahan kerana menurutnya, “sebelum ini, Rita tidak pernah mengeluh selepas Aidil meminta Rita untuk tidak berlakon dengan pelakon tersebut. Rita hanya ikut permintaan dia sebab sebagai isteri Rita perlu turutinya.
“Pun begitu, sekarang ini Rita rasa sangat terkilan. Pada waktu bersama, Rita telah meletakkan perkara yang paling Rita sayang iaitu berlakon di tangga yang ketiga semata-mata kerana perkahwinan.
“Bagaimanapun, perkara yang Rita korbankan selama ini telah dipersiakan. Rita rasa sedih sangat dan dissapointed (kecewa),” katanya yang dipetik menerusi portal Murai.
Rita juga menyatakan kini dia mempunyai sebab untuk tidak menuruti cakap Aidil kerana menurutnya dia sudah ditinggalkan suaminya itu selama setahun.
“Kalau dia sudah tidak bertanggungjawab lagi, buat apa Rita nak tunduk dengan perintah dia. Dalam undang-undang pun ada menyebut, seorang isteri boleh tidak ikut cakap semua kalau suami itu bermasalah. Orang boleh senang-senang tuduh saya macam-macam.
” Duit juga bukannya boleh jatuh ke riba dengan mudah. Saya buat sekarang demi anak-anak,” jelasnya.
Sabarlah Rita, mungkin semua ini ada hikmahnya nanti dan semoga dia tabah membesarkan kedua anaknya iaitu  Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna, setahun.

0 comments:

Post a Comment